TIADA KATA SEMANIS BICARA…

Terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini. Disini, aku hendak mencoret satu kisah yang pernah berlaku kepada aku. Aku harap kamu semua jangan fikir yang bukan-bukan ok.    

    Pasa suatu pagi yang indah. Mun x silap hari jumaat la. Aku telah menerima SMS daripada seseorang yang cukup aku kenal. Lebih mudah aku memnggilnya dengan nama Timah. SMS nya bertulis 'ktk free x pagi tok?'

Aku pun menjawab dengan cepat.

Aku jawab ' free,kenak la?'

    SMS ku itu dibalas dalam tempoh masa yang agak singkat dan dibalas dengan dua patah perkataan yang aku tidak sangka ditaip oleh rakan aku yang satu ini.

Perkataan itu adalah 'keluar juh'.

    Riang tidak terkata, hati kecil ku gembira dan aku terus terjun ke bilik mandi memperkemaskan diri untuk berjumpa dengan Timah. Untuk makluman pembaca, timah ini merupakan seorang wanita yang aku suka. Tapi dia selalu jual mahal kat aku.

    Setelah selesai menyiapkan diri, menggunakan baju smart dan menyikat rambut dengan rapi. Aku terus mengmbil kunci kereta yang mak aku simpan di tepi almari. Pada awalnya memang aku hendak menggunakan kereta, tetapi otak kecil aku berfikir, lebih baik guna motosikal kerana lebih banyak sentuhan yang boleh berlaku.

    Aku terus menelefon si Timah ini mengatakan aku hendak menggunakan motosikal dengan alasan kereta aku digunakan oleh mak aku untuk pergu ke suatu kenduri. Timah bersetuju dan memesan supaya aku berhati-hati. Hal ini kerana rumah aku dengan rumah Timah ini jauh. Kira-kira 20 minit perjalanan kereta.

    Aku pun lantas menyambar kunci moto Ego yang baru dibeli,aku memilihnya kerana brek motosikal ini masih berfungsi dengan baik dan ianya sangat efektif. Sedang aku kusyuk membawa motosikal. Telefonku berbunyi menandakan isyarat SMS diterima. Aku melihatnya. Rupa-rupanya Timah yang menghantarnya.

'ktk, jgn lupak embak helmet k'.

    Aku memang sudah membawa helmet lebih dan aku tidak membalasnya. Aku takut kredit telefonku habis dan aku tidak dapat memberitahunya bahawa aku telah sampai di depan rumahnya.

    Setelah aku sampai di depan rumahnya. Aku ditegur oleh bapaknya. Tanpa segan silu aku dipelawa dan masuk ke rumah timah. Itu kali pertama aku masuk ke rumahnya. Rumahnya sederhana basar dan dibuat daripada kayu, tetapi susunan perabot di dalam kemas dan menampakkan kebersihan. Bapanya bersuara bertanyakan khabar dan aku membalas dengan senyuman yang cukup lebar.

Bapanya berpesan ' jalan tu elok-elok k'

'jgn buat benda yang bukan-bukan'

Aku menjawab dalam hati 'macamlah muka aku macam penjahat'

Kemudian aku ketawa kecil dan kembali senyum sambil menjawab 'ya,pak cik'

    Kami keluar rumah dalam pukul 11 pagi menuju ke suatu tempat. Tempat itu adalah salah satu taman reaksi. Timah kata, dia ingin sangat pergi kesitu kerana di tidak pernah pergi ke situ seumur hidupnya. Tiba-tiba, bapa timah menelefon timah..


 

…..apa yang berlaku? Nantikan sambungan cerita ini k…teruskan mengupdate page ini….sekian terima kasih…

Comments

Popular posts from this blog

Latar Belakang Abraham Maslow

APA ITU PBD?PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DI SEKOLAH

FALSAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN