Bincangkan matlamat pendidikan Negara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan implikasinya terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.

  1. Bincangkan matlamat pendidikan Negara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan implikasinya terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.

    " Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. "

(Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996)

Sepertimana yang kita sedia maklum, Negara Malaysia adalah sebuah Negara yang sedang membangun. Justeru, agak penting bagi Negara Malaysia mempunyai falsafah pendidikan sendiri. Menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan idealogi Negara. Kini, FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

FPK menggariskan segala istilah , pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat , dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entity keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Secara am, FPK bertujuan menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982).

FPK merupakan gabungan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan yang berkaitan dengan tiga aspek. Tiga aspek itu adalah rukun negara, dasar ekonomi baru dan dasar pendidikan kebangsaan. FPK juga hanya bermatlamat kepada pembangunan kemanusian atau dengan kata lain, menghasilkan individu secara menyuluruh, bersepadu, seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Dengan kata lain, matlamat FPK adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan menghayati ciri-ciri seperti percaya kepada tuhan, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan , bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, dan negara. Ciri lain pula adalah, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Ciri terakhir adalah, memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Matlamat lain ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Matlamat ini dapat dicapai dengan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu seperti yang termaktub dalam FPK. Pendidikan menyuluruh ini juga membolehkan pelajar tahu segala bidang walaupun tidak pakar pada bidang tesebut.

Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina duduk di lombong dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan kemakmuran.

Selain itu, FPK bermatlamat untuk melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujudkan perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan. FPK bermatlamat untuk memastikan 5 prinsip rukun negara ini dipatuhi dan dihayati oleh pelajar-pelajar di negara Malaysia dengan menerapkan unsur kelima-lima prinsip di dalam sistem pendidkan negara.

Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai keseimbangan dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat perpaduan sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada dewasa kelak. Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara tercapai. Selain itu, FPK ini digubal untuk memastikan guru-guru tidak terlencong arah dalam mengajar anak didiknya.

Sekarang, kita akan membincangkan berkaitan implikasi FPK terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Setiap perkara mesti ada implikasinyanya samada positif atau negative. Implikasi FPK boleh dibahagi kepada 3 bahagian iaitu implikasi terhadap kurikulum, implikasi terhadap pendidikan dan implikasi terhadap institusi pendidikan.

Implikasi terhadap kurikulum ini lebih menjurus kepada sukatan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat IPTA. Kurikulum yang sedia ada dibaiki dan ditambah supaya selari dengan matlamat Kurikulum yang sedia ada dibaiki dan ditambah supaya selari dengan matlamat FPK seperti yang terkandung dalam FPK itu sendiri. Semua sekolah di seluruh Malaysia menggunakan sukatan pelajaran yang sama dan selaras. Hal ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan jika perkara seperti itu berlaku, ia nyata bercanggah sama sekali dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan individu yang seimbang dari segala aspek. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan mempunyai unsur nilai murni yang bertujuan untuk menjayakan matlamat FPK melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Sistem pembelajaran telah menjadi umum. Semua rakyat dapat pergi ke sekolah dengan bantuan kerajaan kerana matlamat FPK yang mahu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Cara pelajaran juga telah berubah dengan menngunakan teknologi moden untuk mengelakkan negara kita dari ketinggalan di belakang dan mampu bersaing dengan negara maju yang lain.

implikasi terhadap pendidikan pula adalah merujuk kepada bidang pendidikan itu sendiri. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. FPK boleh menjadi alat pendidikan yang berguna kepada guru dan guru boleh sentiasa merujuk kepadanya. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan wawasan 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru juga mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negative dan gejala sosial di sekolah.. Guru memperkembangkan dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti, menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru. Guru juga boleh melakukan aktiviti yang menjurus kepada matlamat FPK dengan menggunakan FPK itu sendiri.

Implikasi FPK yang terakhir adalah implikasi kepada institusi pendidikan.Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan bagi memastikan FPK berjalan dengan lancar dan segala matlamatnya mampu untuk dikecapi. Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani ke tahap maksimum. Hal ini adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang dari segala aspek dari aspek keduniaan ke aspek keagamaan yang berkaitan dengan akhirat.. Budaya di sekolah juga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan walaupun berdepan dengan kaum yang berbeza.Hal ini adalah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka. Budaya membaca juga diterapkan kepada pelajar seperti program NILAM untuk memastikan rakyat Malaysia minat untuk membaca dari sekolah lagi. Hal ini kerana, membaca adalah penting untuk mengetahui hal-hal semasa samada dalam dan luar negara.

Kesimpulannya, FPK telah digubal untuk menentukan hala tuju pendidikan di Malaysia. Tanpa FPK, sistem pendidikan di Malaysia masih di takuk yang lama. FPK juga telah mengubah segala-galanya dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dengan adanya FPK, arah tuju pendidikan di negara Malaysia dapat dilihat dalam bentuk bertulis dan dijadikan rujukan oleh para guru dan warga pendidik disamping penggubal kurikulum di Malaysia. Implikasi yang berlaku pada masa sekarang masih berada pada skala yang kecil dan saya berharap agar pada masa akan datang perubahan drastic yang berlaku di dalam sistem pendidikan di Malaysia kerana semua orang berpandukan FPK yang telah digubal.

Comments

Popular posts from this blog

Latar Belakang Abraham Maslow

APA ITU PBD?PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DI SEKOLAH

FALSAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN