Posts

Showing posts from July, 2011

Syiling baru malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baru tahun depan. Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, duit-duit syiling baru yang dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara ini. "Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baru itu di sini, Isnin. Beliau berkata, siri duit syiling baru ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya. Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan c

Syiling baru malaysia