APA ITU PBD?PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DI SEKOLAH

    

 Susulan pengumuman Menteri Kanan Pendidikan tentang pemansuhan UPSR, ada ibu bapa yang menarik nafas lega namun masih perlu mengetahui apa itu PBD. Namun tak kurang ramai ibu bapa mungkin masih keliru dan risau dengan perkembangan anak-anak di sekolah. Jika tiada UPSR, bagaimana nak tahu prestasi anak-anak kita? apa itu PBD? Menurut Dr Radzi Jidin dalam Sidang Media Khas Pendidikan semalam, sebagai alternatif kepada pemansuhan UPSR, KPM akan memperkasakan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) apa itu PBD? apa itu PBD? 

Apa Itu Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ) dan bagaimana ia dilaksanakan? 

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang apa itu PBD. Apa Itu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)? Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. Apa itu PBD? Apakah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pula merupakan pentaksiran holistik yang terdiri daripada dua kategori iaitu: akademik dan bukan akademik.Kategori akademik terdiri daripada 2 komponen iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS). Manakala kategori bukan akademik terdiri daripada 2 komponen lagi iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti dinyatakan dalam Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011.

 Perbezaan PBD & PBS PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran.

 PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka. Mata Pelajaran Yang Terlibat Dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM. 

Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang KSSM di Portal http://bpk.moe.gov.my/ 

 Apa Itu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) & Ciri Utama PBD Terdapat 9 ciri utama yang dapat membantu guru dalam PBD. 

 PBD yang dilaksanakan oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan dapat diatasi dengan segera. 

Bagaimana PBD Dilaksanakan? 

 1.PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti: Pemerhatian Penulisan Lisan 

2.Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru. *NOTA: Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya. 

Aspek Apa Yang Ditaksir? 

 Pelbagai aspek boleh ditaksir melalui PBD yang meliputi pelbagai kecerdasan serta perkembangan emosi dan sahsiah murid. Aspek yang ditaksir ini termasuklah aspek nilai dan kompetensi yang diperlukan dalam dunia hari ini, di samping perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor seperti dinyatakan dalam DSKP setiap mata pelajaran. 

Contoh aspek yang ditaksir ialah:

  1. Pengetahuan 
  2.  Kemahiran berfikir 
  3.  Kemahiran berbahasa 
  4. Kemahiran mengira 
  5. Kemahiran belajar 
  6. Kemahiran bersosial 
  7. Kemahiran manipulatif 
  8. Kemahiran amali 
  9. Kemahiran kinestatik 
  10. Kreativiti Kesihatan

penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 

Siapakah Yang Memantau Kualiti PBD? 

Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya dianggotai oleh: 

  1.  Pengetua/Guru Besar 
  2. Penolong Kanan Pentadbiran 
  3. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 
  4. Penolong Kanan KoKurikulum 
  5. Penolong Kanan Petang 
  6. Penolong Kanan Pendidikan Khas 
  7. Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang 
  8. Ketua Panitia 
  9. Guru Cemerlang 
  10. Jurulatih Utama 
  11. Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/Guru Besar/JK PBS

 

 Maklumat Lanjut Apa Itu PBD Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Buku Panduan PBD di pautan berikut: http://bit.ly/PanduanPelaksanaanPBD.

Comments

Popular posts from this blog

Latar Belakang Abraham Maslow

Bincangkan matlamat pendidikan Negara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan implikasinya terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.