Peranan Islam Hadhari

PENGENALAN

Islam Hadhari bukanlah suatu ajaran baru di dalam Islam. Ia adalah suatu pendekatan yang cuba menterjemahkan dan merealisasikan Islam dari sudut pelaksanaan dan pendekatan yang dituntut untuk diikuti oleh umat Islam sendiri berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam sebenar dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, modal pembangunan Insan, pembangunan kesihatan dan pembangunan fizikal. Kesannya, sekaligus dapat memantapkan keseluruhan cara hidup sarna ada dari aspek jasmani dan rohani.

Penjenamaan Islam Hadhari diharap dapat meningkatkan pelbagai kesedaran kesatuan di kalangan ummah dan membuka minda segar masyarakat non-muslim agar dapat memahami agama Islam sebenar serta menghapuskan perasaan prejudis dan negatif di kalangan masyarakat non-muslim terhadap Islam.


DEFINISI ISLAM HADHARI

Kalimah Islam dan hadhari secara asasnya adalah ambilan dari perkataan bahasa Arab dan diasimilasikan sehingga menjadi sebahagian dari Bahasa Melayu. Perkataan asalnya adalah 'aI-Islam al-Hadhari' atau disebut juga sebagai 'Civilizational Islam'.

Dari segi istilah, perkataan Hadhari membawa maksud seperti berikut;
i- Yang bertamadun atau
ii- Islam yang menekankan aspek tamadun.
iii- Dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'Civilizational Islam'
iv- Dalam bahasa Arab dikenali sebagai 'aI-Islam al-Hadhari'

Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah 'Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam' (JAKIM, 2005 : 9).
Sebagai huraian takrif di atas, ia bermaksud;
(a) Pendekatan Islam hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzi'e (terpisah-pisah)
seperti Islam bersifat politik (aI-Islam al-Siyasi).
(b) Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cqbaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklulI\at, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.




(c) Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nil ai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur (JAKIM, 2005 : 10).



VISI DAN MISI

Visi Islam Hadhari adalah "Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri."

Konsepnya ialah negara mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan Agama.

Misi Islam Hadhari adalah "Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang" (JAKIM, 2005: 11-14).



13.4 OBJEKTIF

Objektif Islam Hadhari adalah;
(a) Melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatankekuatan berikut;
a- Spiritual (rohani)
b- Akhlak
cIntelektual
d- Material
e- Mampu
berdikari
f- Berdaya saing
g- Melihat ke hadapan
h- Inovatif
(b) Cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai (JAKIM, 2005: 15).






KONSEP ISLAM HADHARI

Di dalam menjelaskan tentang konsep Islam Hadhari, konsep pertama telah menekankan aspek pembangunan yang membawa ke arah pembinaan peradaban. Peradaban bermaksud peradaban yang berasaskan acuan Malaysia bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Manakala peradaban yang berlawanan akan disesuaikan selagi mana ia tidak bertentangan dengan prinsip al-Quran dan as-Sunnah.

Konsep Islam Hadhari turut menekankan pembangunan modal ins an sarna ada melalui material dan spiritual. Penggunaan modal insan yang maksimum adalah selaras dengan tuntutan syariat yang turut diperjelaskan dalam amalan solat secara berjemaah yang menjadi pemangkin ajaran Islam dari aspek spiritual dan material.

Konsep Islam Hadhari juga menekankan kepada usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas-asas fundelmental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadith yang menjadi teras pembinaan tamadun Islam. Tafsiran yang ikhlas ke atas Islam Hadhari akan membantu meningkatkan kekuatan ummah dari asas-asas akidah selain menjunjung kesucian ajaran itu sendiri. Ini secara tidak langsung meningkatkan
keyakinan terhadap tuntutan ajaran yang sebenar. Malah ia turut berperanan. mengkesampingkan pemikiran dan unsur tahyul dan khurafat.

Konsep Islam Hadhari cuba menekankan usaha kerajaan melindungi kesucian ajaran Islam dan menangani gejala kegelinciran akidah (faith) semasa menghadapi cabaran dan realiti semasa. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kesucian agama, unsur-unsur negatif menerusi agama perlu dihindari sejak dari awal lagi. Dengan kerajaan yang kukuh dari pelbagai aspek, ia dapat membantu mengoptimumkan pengambilan peluang ke arah pintu ijtihad yang masih terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan
mengikut masa dan tempat. Antaranya;
(a) Aspek pembangunan prasarana dan ekonomi
(b) Pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif dan dilengkapi dengan program pembangunan rohani supaya nilai-nilai murni Islam dijadikan cara hidup (JAKIM, 2004 : 3-7).

Menurut Prof. Datuk Dr Mahmood Zuhdi bin Abdul Majid, konsep Islam Hadhari merupakan sebahagian daripada suatu konsep lain yang lebih besar dan menyeluruh dalam perjuangan Islam pada masa sekarang iaitu 'perubahan yang menyeluruh' (AL-ISLAM, Januari 2005: 15-16).

Perubahan menyeluruh dikaitkan dengan kegagalan umat Islam sedunia dalam mencapai kemajuan yang sepatutnya sebagaimana yang disebut menerusi al-Quran dan as-Sunnah. Perubahan ini sangat penting bagi merealisasikan kehendak Islam sebenar.



KEPERLUAN PRINSIP MAQASID AL-SYARIAH

Selaras dengan konsep hidup sebagai pengabdian diri terhadap Allah rAbid) dan konsep kerja sebagai ibadat, manusia sebagai khalifah Allah (Khalifatullah fil Ardh) dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan.

Sehubungan itu, prinsip Maqasid al-Syariah (dalam mazhab Syafi' e disebut
sebagai (al-Kulliyatul Khams) adalah berkaitan seperti berikut; (JAKIM, 2004: 11-12) (a) Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama
(b) Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa
(c) Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal
(d) Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan
(e) Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta.

Segala usaha ke arah ini perlu dirancang. Segala bentuk pemikiran yang mengelirukan dan tidak sesuai dengan ajaran Islam sebenar perlu dikikis agar jati diri umat dapat dibentuk. Perubahan sikap memerlukan umat berijtihad dan berjihad ke arahnya. Contoh : Konsep Jihad perlu ditafsir secara meluas meliputi aspek kehidupan manusia seperti menguasai ilmu, sains dan teknologi serta melaksanakan aktivitiaktiviti ekonomi dan sebagainya.

Kegagalan umat Islam memahami konsep jihad secara meluas akan mengakibatkan kegagalan kebangkitan Islam seluruhnya. Kelemahan dan kelewatan pemahaman Surah al-Fiil sebagai contoh, mengakibatkan masyarakat Barat lebih terkehadapan menghasilkan peralatan atau kelengkapan ketenteraan mencakupi era kontemporari.

Pemahaman Islam Hadhari

Usaha ke arah memahami isi kandung Islam Hadhari perlu menjurus kepada
semua pihak menerusi pelbagai saluran. Umpamanya;
(a) Peningkatan Kualiti (Itqan) dalam semua urusan
(b) Usaha-usaha Ijtihad yang berterusan
(c) Penghayatan dan mewarisi ketamadunan global (Rahmatun Lil'alamin)
(d) Semangat Ukhuwah Islamiah (Brotherhood) disemarakkan bagi
menghasilkan jaringan so sial yang berkesan
(e) Pembudayaan nilai-nilai positif yang terkandung di dalam tasawwur Islam.
Contoh : Pembudayaan masyarakat Iqra'.
(f) Keseimbangan antara ilmu agama dan sekular. Banyak ayat al-Quran yang
menyentuh soal penguasaan sains dan teknologi sedangkan ianya dianggap
ilmu sekular.





~-- -
RASIONAL ISLAM HADHARI DIPERKENALKAN

Terdapat dua aspek utama mengapa Islam Hadhari diperkenalkan iaitu dari sudut dalaman dan luaran (Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM, 2005 : 153-154):

Aspek Dalaman
(a) Kefahaman ajaran Islam secara Serpihan (b) Kepelbagaian Kumpulan
(c) Kesan Konspirasi Politik Dunia Barat


Aspek Luaran
(a) Cabaran Globalisasi
(b) Isu Terrorisme yang ditujukan kepada Islam
(c) Membendung Tradisionalisme dan Fundamentalisme
(d) Cabaran fahaman kebendaan dan hedonisme



PRINSIP ISLAM HADHARI

Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama; 1- Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi (Allah/God)
2- Kerajaan Adil dan beramanah
3- Rakyat berjiwa merdeka
4- Penguasaan ilmu pengetahuan
5- Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif 6- Kehidupan berkualiti
7- Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
8- Keutuhan budaya dan moral
9- Pemeliharaan alam semulajadi
10- Kekuatan pertahanan

Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang dikemaskini supaya pendekatannya
:dak menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak, lemandangkan komposisi rakyat yang berbilang agama dan kaum di dalam negara. "1Sip-prinsip ini boleh dijadikan garis panduan bagi negara-negara Islam lain yang 19inmempelajari dan memahami Islam Hadhari yang dilaksanakan di Malaysia.

Pendekatan Prinsip ini bertujuan untuk memperkasa umat Islam agar berupaya :nghadapi cabaran dunia semasa selain berupaya menangkis segala tohmahan dan ahfaham terhadap ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, warisan dan tamadun Islam
g memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam dalam semua bidang perlu idikan rujukan dan sumber inspirasi memajukan masyarakat Malaysia.


Selaras dengan prinsip Islam Hadhari, perubahan minda umat memerlukaI1 satu tindakan menyeluruh, secara drastik, secara sistematik dan tidak bersifat sektor atau partisan. Ia juga memerlukan satu perubahan tasawur (pandangan global/world view) seluruh masyarakat.

(1) Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Ilahi (Allah/God)

Amatlah penting umat Islam memahami Islam sebagai sistem kehidupan yang menyeluruh (Islam sebagai cara hidupjIslam The Way of Life). Islam bukan satu ritual semata-mata kerana ritualisme hanya menumpukan akhirat semata-mata, sedangkan asas kejadian manusia sendiri terdiri dari dua unsur (roh dan jasad) di mana ia perlu diseimbangkan dengan seadil-adilnya.

Justeru itu, Islam perlu dijadikan satu sistem integrasi kehidupan sarna ada kehidupan duniawi (dunia) dan persiapan ukhrawi (akhirat/judgement day). Ini turut disebut menerusi firman Allah SWT dalam surah al-Qasas (28), ayat 77 yang bermaksud:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."

Oleh itu, AI-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dijadikan teras pegangan dan rujukan. Gabungan beberapa unsur yang terdiri dari akidah (kepercayaanj faith), syariah (perundanganjlegislative), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan pembangunan insan dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang
- berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini turut disebut menerusi firman Allah SWT
dalam surah al-A'raaf (7) ayat 96 yang bermaksud:

"Dan (tuhan berfirman lagi) : sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka usahakan."

Secara prinsipnya, ketentuan beragama bagi orang-orang bukan Islam terbahagi
kepada dua:
i) Tiada paksaan dalam agama
ii) Kebebasan beragama

Ini ditegaskan di dalam firman Allah Ta' ala yang bermaksud:
i) "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)" (Surah al-Baqarah (2) ayat 256)
ii) "Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku" (Surah al-Kafirun (109) ayat 6)

Akidah yang dikehendaki adalah menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah bukan semata-mata kepercayaan di hati sahaja, malah hendaklah disusuli dengan ikrar dan pelaksanaannya dilihat menerusi amalan (as-Syeikh Muhammad bin Salih al-'Uthaymin, 2004 : 21).


Gabungan ketiga-tiga unsur di atas akan menjadi pemangkin dan penangkis terhadap segala perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar terutamanya dari aspek kelahiran dan kepercayaan ajaran-ajaran sesat yang melemahkan umat Islam sendiri selain kepercayaan-kepercayaan tahyul dan khurafat yang begitu berleluasa di kalangan umat Islam.

Sebagai balasan pelaksanaan menurut Islam yang hakiki, maka Allah akan memberi balasan setimpal dengan amalan dan perlakuan manusia itu sendiri. Ini boleh dilihat menerusi firman Allah Ta' ala;
i) Maka barangsiapa yang melakukan amalan kebajikan walau sebesar zarah sekalipun, nescaya akan dilihat-Nya (dalam surah amalnya) dan barangsiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah sekalipun, nescaya akan dilihat-Nya (dalam surah amalnya).
(Surah Az-Zalalah (99) : 7-8)
ii) Dan (Tuhan berfirman lagi) : Kalau sekiranya penduduk negari itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membukakan kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi tetapi mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(Surah al-A'raf (7) : 96)

Dalam melaksanakan hak kebebasan beragama, Malaysia sebagai negara Islam tidak menghalang agama-agama lain diamalkan dan dihormati dengan seadil-adilnya. Perkara ini turut disebut di dalam perkara 11 Perlembagaan negara yang memberi kebebasan beragama ke atas rakyat (Perlembagaan Malaysia, 2000 : Bahagian Kedua per kara 11 dan fasal 4).

(2) Kerajaan Adil dan Beramanah

Prof. Dr Hamka menyebut; "Adil itu ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya". Ini bermakna adil adalah memberi hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar dan keperluan masing-masing. Ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl (16) ayat 90 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya. "

Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin, kaya atau perbezaan agama. Ini turut disebut menerusi beberapa kategori;

i) Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Ma'idah (5) ayat 8 yang bermaksud:
". .. ..dan jangan sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

ii) Sabda Rasulullah SAW
"Sekiranya (anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya."

iii) Peristiwa Saidina Vmar ketika menjadi Amirul Mukminin yang telah menghukum anak beliau sendiri dengan hukuman sebat 100 rotan (dan wafat) akibat melakukan zina dengan seorang perempuan yahudi.

iv) Peristiwa Saidina Ali ketika menjadi khalifah Islam pernah kehilangan baju besinya yang ditanggalkan dalam suatu peperangan dan ditemui oleh seorang lelaki yahudi lalu mengambil dan mendakwa baju tersebut menjadi miliknya. Dalam penghakiman yang dilakukan di mahkamah Islam, hakim (Zaid bin Thabit) telah memberi kemenangan pendakwaan kepada seorang yahudi tersebut walaupun Saidina Ali adalah seorang khalifah dan sahabatnya.

Manakala amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini turut dirakamkan menerusi;
i) Firman Allah Ta'ala dalam surah an-Nisa' (4) ayat 58 yang bermaksud;
"Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa
mendengar lagi sentiasa melihat." ,

ii) Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ahmad; "Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidah amanah."

Selain itu, Islam Hadhari menekankan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) akan melahirkan negara yang baik, maju dan dirahmati Allah SWT. Ini ditegaskan dalam surah Saba' (34) ayat 15 yang bermaksud seperti berikut;

"Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk Saba' satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu : dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur). Yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka) : Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya : (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun".

(3) Rakyat Berjiwa Merdeka

Pendekatan Islam Hadhari menekankan aspek rakyat yang berjiwa merdeka. Jiwa merdeka bermaksud jiwa insan yang tidak memberi kepatuhan mutlak melainkan kepada Allah SWT semata-mata dan kepada Rasul-Nya. Kepatuhan kepada makhluk selain dari-Nya adalah dilarang terutama dalam perkara berbentuk maksiat dan derhaka. Sebuah hadis ada menyebut : Tidak ada ketaatan bagi seseorang yang melakukan/melibatkan perkara maksiat kepada Allah. Ketaatan hanya ada dalam perkara yang makruf (baik) sahaja.


Jiwa merdeka mampu memberi aspirasi kepada individu untuk melahirkan pemikiran kreatif dan inovatif. Manakala masyarakat yang berjiwa merdeka boleh melahirkan pemikiran yang dinamik serta progresif. Idea-idea bemas ini mampu memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke mercu yang diredhai Allah. Sebaliknya, jiwa yang terjajah akan meletakkan bangsa dan negaranya di bawah tahap sebenar. Kesan yang ketara ialah mereka sentiasa berada di takuk yang lama dan tidak sanggup terdedah dengan kemajuan dan persaingan.

Masyarakat yang berjiwa merdeka akan berusaha mengembeling tenaga dan buah fikiran menurut peraturan undang-undang dan etika dengan menjadikannya sebagai landasan masyarakat Islam Hadhari yang berfikiran terbuka dan memiliki sifat tasamuh (bertimbang rasa) yang penuh dengan kebijaksanaan. Masyarakat berjiwa merdeka juga tidak akan dijajah dengan tuntutan hawa nafsu yang sentiasa menggalakkan perlakuan yang bertentangan dengan semangat Islam Hadhari dalam erti kata sebenar.

(4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Ilmu merupakan satu tuntutan utama dalam Islam di mana galakan menuntut ilmu telah bermula semenjak Nabi Adam a.s diciptakan oleh Allah SWT dan ini diwajarkan dengan penurunan wahyu pertama ke atas Rasulullah SAW menerusi surah al-Alaq (96) ayat 1-5. Dominasi ilmu memungkinkan umat Islam menakluki dunia menerusi ketamadunan yang kekal sepanjang zaman. Ini telah terbukti dengan kekuatan Islam menyaingi tamadun-tamadun dunia silam dengan sekelip mata.

Penguasaan ilmu menyebabkan umat Islam dapat membezakan kebenaran dan kebatilan. Pelbagai kepercayaan tahyul dan khurafat yang berasaskan adat resam segera dibasmi menerusinya. Penguasaan ilmu pengetahuan secara berterusan akan membantu masyarakat Malaysia sentiasa kehadapan dan bersifat semasa. Ini boleh dimantap dan diperkasakan dengan penekanan ilmu bersifat revealed knowledge (Ilmu wahyu) sehingga mampu menjana sebuah negara yang disegani sebagaimana yang pemah dicetuskan tamadun Islam suatu mas a dahulu. Mereka menjadi pencetus perkembangan tamadun ilmu di dunia barat.

Ketinggian kedudukan masyarakat berilmu pengetahuan turut dirakamkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya dalam surah al-Mujadalah (58) ayat 11 yang bermaksud:

"Dan Allah. mengangkat kedudukan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah Maha mendalam Pengetahuan-Nya ten tang apa yang kamu lakukan."


(5) Pembangunan Ekonomi Seimbang clan Komprehensif

Sektor ekonomi merupakan salah satu bidang yang utama. Melalui sektor ekonomi, penjanaan pembangunan akan mudah berkembang dengan pesat. Atas faktor ini, ekonomi adalah sebahagian dari kesempurnaan Islam. Sebuah hadis turut menekankan tentang kepentingannya menerusi sabda baginda : ''Tangan di atas (memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (meminta-minta)."
(Hadis Qudsi)

Atas dasar ini, ekonomi dalam ajaran Islam bukanlah satu entiti yang berasingan dari tuntutan agama, malah ia saling berkait dengan unsur-unsur ritual Islam itu sendiri. Ia menjadi punca kepada ketenangan beribadat dan be ramal seperti bersedekah, membayar zakat dan sebagainya.

Usaha ini turut dibuktikan oleh Rasulullah SAW ketika berhijrah ke Madinah. Baginda berusaha menjadikan Madinah sebagai pusat perniagaan terkenal di Semenanjung Tanah Arab. Malah seorang sahabat Muhajjirin dari Makkah bernama Abdul Rahman bin' Auf, apabila telah dipersaudarakan dengan seorang Ansar bernama Saad bin al-Rabi' aI-Ansari telah menolak pemberian separuh dari harta saudaranya. Bahkan beliau meminta ditunjukkan pasar untuk membolehkan beliau berniaga. Beliau telah memperolehi keuntungan yang lumayan hasil usahanya itu.

Pembangunan ekonomi dalam Islam perlu seimbang yang mana harta adalah hak milik Allah secara mutlak. Manusia hanya menjalankan amanah ke atas harta yang diperolehinya itu. Justeru itu, soal halal dan haram diambil kira dalam menjamin kehidupan berkualiti, hasil rezeki yang diperolehi bagi meraih keberkatan Allah SWT. Segala perolehan harta akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT di hari Akhirat (Judgement Day) nanti. Atas daya usaha tersebut, manusia harus mengelakkan sebarang perolehan hart a yang mendatangkan keraguan. Hadis Nabi jelas menekankan persoalan ini menerusi sabda baginda : Sesungguhnya sesuatu yang halal itu adalah jelas dan sesuatu yang haram itu adalah jelas. Di antara keduanya terdapat perkara yang syubahat (meragukan).

Oleh itu, sikap malas, sambil lewa dan mudah alpa adalah satu dosa yang menjurus kelemahan institusi so sial dan memalukan agama. Ismail al-Faruqi menyebut bahawa tindakan ekonomi merupak~m luahan rasa kerohanian Islam. Kaum muslimin perlu menyakinkan diri dengan kenyataan ini, bukan seperti agama Kristian yang mengasingkan gereja dengan kerajaan. Islam menekankan perlunya sebuah kerajaan. Kekukuhan kerajaan menjamin keutuhan agama dan ekonomi. Ekonomi sesuatu ummah dan kekukuhannya merupakan tunggak dalam Islam.

Sistem ekonomi Islam menolak sebarang unsur-unsur ketidakadilan, malah Islam memeranginya dari pelbagai sudut. Antaranya sistem riba dalam ekonomi yang berteraskan kapitalisme. AI-Quran mengumpamakan pengamal riba sebagai orang yang dirasuk syaitan menerusi firman Allah SWT;


1-"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan (devil) dengan terhoyonghayang kerana sentuhan (Syaitan) itu."
(al-Baqarah (2) : 274)

2-"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki-baki riba (yang masih ada pada orang yang terhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kami tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu) maka ketahuilah kamu akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya (akibatnya kamu tidak menemui selamat)."
(al-Baqarah (2) : 278-279)

(6) Kehidupan Berkualiti

Kehidupan berkualiti bermaksud setiap aktiviti yang mencapai merit keredhaan Allah (Mardhatillah). Manakala kehidupan yang penuh dengan kemewahan, kegembiraan, aman damai tetapi dimurkai Allah, Islam menganggapnya sebagai kehidupan yang tidak berkualiti. Sebenarnya kehidupan berkualiti ditentukan oleh Allah dan bukannya manusia. Sehubungan itu, manusia perlu membezakan kehidupan yang berasaskan akal fikiran manusia semata-mata dengan kehidupan menurut perintah Allah (Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM, 2005: 161).

Keadaan ini disebabkan pemikiran manusia tidak mampu menggarap pemikiran yang benar-benar tulus dan ikhlas, memandangkan manusia banyak dipengaruhi dengan pengalaman hidup yang masih cetek, pendidikan yang masih banyak kedangkalannya serta faktor persekitaran yang masih mengongkong pemikiran mereka sehingga mereka gagal membezakan kehidupan berkualiti yang sebenar.

Justeru itu, fahaman yang berasaskan sekularisme lebih mementingkan kehidupan dengan kemewahan material semata-mata dan kehidupan serta kelengkapan prasarana yang mewah. Bahkan, ia dijadikan ukuran kedudukan seseorang di dalam menterjemahkan paras kualiti kehidupan seseorang. Keadaan seperti ini akan menjadikan pemikiran manusia semakin jumud dan bersifat rigid dalam menentukan kualiti hidup sese orang manusia sehingga melabelkan seseorang itu dengan tafsiran berasaskan kemewahan hidup. Kesannya, wujud pelbagai kelas manusia dari setinggi kemewahan sehingga serendah-rendah kemiskinan selain manusia terpaksa berlumba-Iumba mengejar kemewahan sepertimana ditafsirkan menerusi kapitalisme.

Terdapat juga fahaman yang menekankan kehidupan berkualiti adalah hasil pelaksanaan ritual yang keterlaluan sehingga menganggap dunia yang abadi (syurgajheaven) adalah beramal ibadat sahaja tanpa menjejaskan tumpuan. Ini boleh mendorongkan seseorang menjadi malas dan tidak produktif dalam erti kata yang sebenarnya. Sedangkan Islam menganjurkan umatnya agar berusaha sedaya upaya


mencari dan memperolehi kehidupan yang berkualiti. Ini bertentangan dengan nil ainilai dan amaran yang dikemukakan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya dalam surah al-Qasas (28) ayat 77 yang bermaksud:

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."

Kehidupan berkualiti turut disebut di dalam firman Allah yang lain, antaranya dalam surah al-' Asr (103) ayat 1-3 yang bermaksud:

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Orang yang benar-benar beriman tidak akan membuat hidupnya murung dan mundur. Malah akan berusaha menjadikan diri mereka maju dan ke hadapan dari segenap aspek sarna ada spiritual, material dan jasmani. Tambahan lagi, kerajaan tidak pernah menghalang rakyatnya dari melakukan amal ibadat dan mencari kekayaan, bahkan mencadangkan perlakuan yang seimbang antara kekayaan dunia dan akhirat. Ia selaras dengan cadangan Allah di dalam al-Quran.

(7) Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti clan Wanita

Dalam mendokong prinsip Islam Hadhari, kedudukan dan pembelaan hak ke atas golongan minoriti tetap dijunjung. Hak kemuliaan insan di atas merupakan salah satu prinsip maqasid as-syariah yang telah disebut terdahulu dan pembelaan yang dilakukan dalam Islam dibuat tanpa diskriminasi walaupun berbeza dari segi agama.

Jalinan penjagaan hak dalam Islam Hadhari turut didokong menerusi undangundang dan perlembagaan negara. AI-Quran telah merakamkan tentang penjagaan hak di atas menerusi firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat (49) ayat 13 yang bermaksud:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku (puak) supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsa). Sesungguhnya Allah amat Mengetahui lagi amat mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Kesan dari ayat di atas juga menyebabkan jaminan pemerintah terlaksana ke atas golongan minoriti termasuk wanita juga. Kedudukan wanita disanjung dan diberi hak yang sewajarnya. Perkara ini dapat dilihat di dalam Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan hak asasi (Perlembagaan Persekutuan, 2000: Bahagian Kedua, perkara 8).



Kekuatan kedudukan golongan minoriti juga turut disebut oleh Khalifah Islam Pertama; Saidina Abu Bakar as-Siddiq di Balai Bani Sa' adah tatkala beliau diangkat menjadi khalifah Islam pertama yang sedutannya adalah seperti berikut;

"Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisiku kerana aku akan memberi hak kepada mereka dan orang-orang yang kuat di sisi kamu adalah lemah di sisiku kerana aku akan mengambil hak dari mereka. "

Dalam satu peperangan Saidina Ali yang ketika itu menjadi khalifah Islam keempat, baginda telah menanggalkan baju perangnya untuk memudahkan baginda merawat tentera Islam yang tercedera selain menimbang kesan peperangan tersebut. Malangnya, baju besi tersebut ditemui oleh seorang Yahudi lalu membawanya pulang. Tatkala baginda melewati perkampungan Yahudi, baginda ternampak baju besinya itu di rumah Yahudi terse but lalu mendakwa haknya tetapi dinafikan oleh Yahudi tersebut. Kes ini telah dibawa ke muka pengadilan dan diadili oleh Zaid bin Tsabit (Beliau merupakan seorang Islam, sahabat Nabi dan Saidina Ali). Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, maka Zaid bin Tsabit memberi hak kepada Yahudi tersebut dan khalifah terpaksa akur dengan keputusan tersebut. Maka baginda mengucapkan tahniah kepada Yahudi tersebut di atas kemenangan beliau. Akhirnya, Yahudi tersebut memulangkan baju besi terse but kepada Saidina Ali secara suka rei a selepas melihat keadilan hak yang beliau telah terima dari pemerintahan Kerajaan Islam.

Di dalam beberapa siri peperangan jihad umat Islam misalnya, golongan wanita yang dilihat lemah turut memainkan peranan sekadar kemampuan mereka, apabila menyertai pasukan tentera Islam dengan memberi sokongan moral dan rawatan ke atas tentera yang cedera di medan pertempuran.

Wanita dalam Islam Hadhari adalah wanita yang benar-benar mengilap potensi dalaman dirinya dan dapat menangkis salah faham yang menganggap bahawa mereka adalah kaum yang sesuai untuk dieksploitasi bagi keseronokan orang lain. Mereka adalah kalangan yang memiliki sudut pandangan yang jelas tentang hubungan silang gender dan mampu bekerjasama dengan sesiapa saja secara penuh profesionalisme (Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan So sial, UTM, 2005: 162).

Wanita dalam Islam Hadhari amat menggalakkan pendidikan berterusan sesuai dengan slogan 'Pendidikan Sepanjang Hayat'. Wanita tidak diketepikan dari arus pembangunan malah dijadikan daya saing yang kuat untuk kaum lelaki berusaha gigih dan bersifat inovatif dalam arus perdana. Kemampuan ini menjadi mercu tanda pembangunan personaliti.


(8) Keutuhan Budaya dan Moral

Islam Hadhari seperti yang telah dijelaskan sebelum ini merupakan satu bentuk perubahan atau anjakan paradigma ke arah ketamadunan yang dikehendaki oleh Islam. Namun ia bersifat menurut acuan Malaysia agar ia lebih dinamik.

Ini tidaklah bermaksud menerima pakai dialog peradaban secara total, bahkan ia menjadi titik tolak ke arah ketamadunan yang bersesuaian dengan budaya dan akhlak rakyat Malaysia sendiri. Tambahan pula, acuan yang dibina adalah hasil gabung-jalin antara kaum dan budaya rakyat Malaysia.

Dalam menetapkan budaya menurut acuan tersendiri, Malaysia menerusi Islam Hadhari terus menekankan prinsip raja berperlembagaan sebagai sumber budaya dan moral pentadbiran dalam sistem pemerintahannya. Berbeza dengan sistem barat apabila faktor tanah dianggap sebagai unsur asasi dalam pembinaan sesebuah kerajaan. Namun begitu ada perubahan dari sebuah kerajaan tetapi banyak didahului dengan pertukaran pemerintah, bukannya sistem dana budaya (Mohd Taib Othman dan A. Aziz Deraman, 2000: 69-70).

Kedatangan ajaran Islam turut memainkan peranan utama keutuhan budaya dan moral masyarakat Melayu di peringkat awal lebih terserlah. Hal ini sejajar dengan Islam sebagai 'ad-Din'. Pendewaan dan kepercayaan animisme terhakis akibat pembudayaan ilmu dan pengamalan ajaran Islam yang membentuk sistem budaya masyarakat, turut menambah nilai budaya persekitaran dan diasimilasi secara perlahan-Iahan dalam masyarakat (Mohd Taib Othman dan A. Aziz Deraman, 2000 : 69-71). Sebagai contoh, semangat perkauman berjaya diubah kepada semangat 'Malaysia Boleh' melalui ajaran Islam yang sebenar.

Kedatangan Islam ke Alam Melayu memberi impak yang besar sehingga mengubah masyarakatnya menjadi bertamadun. Perubahan ini dilihat sebagai 'Melayu Baru' melibatkan perubahan dalaman dan rupa bentuk luaran. Ia boleh diistilahkan sebagai perubahan jiwa dan rupa. Perubahan jiwa ini berpunca dari perubahan dalaman dari kepercayaan kepada animisme, Hindu-Buddha dan yang bersifat khayalan, kepada kepercayaan akidah tauhid terhadap Tuhan yang selaras dengan akal rasional dan dalil nyata (pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, UTM, 2005 : 77). Maka Islam Hadhari adalah hasil manifestasi bersifat global menurut acuan negara agar Islamisasi terus disemadi ke dalam jiwa dan diserlahkan dengan perbuatan dan amalan yang bersesuaian dengan tuntutan agama sebenar.

Dalam meneruskan agenda budaya dan moral, Islam Hadhari berusaha menekankan semangat jati diri Malaysia untuk menepis segala amalan dan budaya Barat yang mula menular ke dalam jiwa masyarakatnya. Manakala segala perkara baru yang bersesuaian dan menepati matlamat budaya dan moral masyarakat Malaysia adalah diterima dengan berhati-hati.



(9) Pemuliharaan Alam Semulajadi

Dalam memupuk pemuliharaan alam semulajadi, Islam menekankan peri pentingnya masyarakat memahami Huquq al-'Alam (Hak-hak Alam) di mana perlakuan dan perbuatan yang menyalahi hak di atas adalah dilarang sarna sekali.

Ini memandangkan secara fitrah, alam ini ada permulaan dan pasti akan menemui penamatnya. Ia dikira sebagai sunnatullah yang tidak boleh ditolak, sarna seperti api membakar, bulan menerangi malam dan sebagainya (Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad, 2001 : Unit 2). Manakala manusia sebagai pemegang amanah (khalifah fi al-Ardh) hams memelihara dan berusaha memanjangkan hayat alam kerana tanpa alam, manusia tidak mampu meneruskan kehidupan dan zuriat keturunan akan turut terhapus. Tegasnya, manusia dan alam tidak dapat dipisahkan.

Hasil daya usaha di atas, manusia terus hidup dan mampu meneruskan peradaban selain eko-sistem termasuk flora dan fauna terjamin. Pembangunan yang merosakkan eko-sistem harus diminimakan serendah yang perlu, bukannya pembangunan yang berpaksikan faktor ekonomi sehingga menjejaskan alam sekitar. Melalui pembudayaan ini, keindahan dan keunikan alam semulajadi boleh dinikmati dan seterusnya membuktikan keagungan dan kewujudan Tuhan Maha Pencipta (Allah/ God).

Dengan kesedaran manusia yang tinggi terhadap alam, secara tidak langsung memberi impak yang amat besar terhadap hubungan Allah, manusia dengan alamo
Antaranya ialah:
(a) Kekuasaan adalah Hak milik Allah
(b)Kelemahan manusia yang sentiasa memerlukan pertolongan
(c)Penciptaan Alam untuk manusia
(d)Keperluan penjagaan Alam.

Kesedaran di kalangan manusia dapat membantu usaha-usaha pihak kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan menangani kelemahan dan pemantauan terhadap golongan yang kurang sikap ketamadunannya. Ini secara tidak langsung meringankan beban tugas yang digalas oleh pihak Jabatan Alam Sekitar GAS).
Dalam menjamin kesedaran yang tinggi di kalangan rakyat, Malaysia telah berusaha dan menandatangani dua deklarasi yang melibatkan alam sekitar iaitu:
(a) Deklarasi Rio De Janeirio pada 1993
(b) Protolkol Kyoto pad a 1997

Selain itu juga, Malaysia melalui ASEAN telah berusaha gigih memastikan negara-negara ASEAN bebas dari memiliki dan menjalankan aktiviti senjata nuklear. lni turut berkaitan dengan pencemaran alam sekitar dan persaingan persenjataan (ketenteraan) yang boleh merosakkan ASEAN, malah keindahan dan kehijauan kepulauan Nusantara. Tambahan lagi, Malaysia turut mengadakan Deklarasi Langkawi bagi menjamin keutuhan dan pembangunan selaras dengan kehendak alam.


Usaha yang dijalankan ini tidak sekadar perjanjian di atas kertas, malah Perdana Menteri turut menggariskan prinsip penjagaan alam sekitar di dalam agenda pentadbirannya menerusi Islam Hadhari. Ini adalah lambang komitmen untuk meneruskan wadah penjagaan alam sehingga ke tahap maksima.

Manakala pembangunan berasaskan sains dan teknologi yang berteraskan agama dan nilai budaya turut digiatkan dengan konsep mesra alam bagi menjamin keperluan dan kesejahteraan rakyat tidak diabaikan, bahkan dijamin sepenuhnya. Setiap penyelidikan dipantau dan hasilnya dikongsi seeara bersama berasaskan semangat menang-menang (win-win situation) antara manusia dan alamo

(10) Kekuatan Pertahanan

Islam Hadhari melihat bahawa pertahanan bukanlah isu sehala yang hanya merujuk kepada kekuatan ketenteraan dan kekuatan teknologi persenjataan, malah Islam Hadhari turut memfokuskan terhadap kekuatan diri, jati diri, fizikal dan spiritual. Ini bermakna Islam Hadhari melihat aspek pertahanan dari perspektif yang lebih luas maksudnya.

Kekuatan persenjataan semata-mata tidak eukup bagi mempertahankan negara, jika aspek pertahanan jati diri diabaikan. Antara sebab kejatuhan Kerajaan Uthmaniah di Turki dan Keraja~n Melaka pada 1511 Masehi sebagai eontoh, adalah hasH kelemahan semangat spiritual dan diri. Allah SWT turut berfirman dalam surah al-Anfal (8) ayat 60 yang bermaksud:

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap bersedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedangkan allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."

Islam Hadhari turut memfokuskan pertahanan seeara konvensional. Jika ditinjau kekuatan surah al-Fiil, jelas mendesak kekuatan pertahanan perlu dititik-beratkan. Negara Barat telah melihat kekuatan tentera bergajah pimpinan Abrahah berjaya dijinakkan oleh pasukan burung Ababil yang begitu keeil. Proses dan taktik peperangan burung Ababil itu telah diterjemahkan dalam bentuk kontemporari di mana burung tersebut diterjemahkan menjadi jet-jet pejuang yang berkuasa di udara, kaki burung yang membawa batu dari Neraka Sijjil diterjemah sebagai pembawa peluru dan born berkuasa tinggi (smart bomb) serta mata burung Ababil itu diterjemahkan sebagai ketepatan teknologi eanggih termasuk satelit yang mampu memfokuskan beberapa kali ganda dari mata kasar manusia.

Perubahan persekitaran global turnt menuntut umat Islam agar bersedia menghadapi segala kemungkinan sejak dari awal lagi. Atas dasar ini, Islam Hadhari turnt memberi perhatian utama dengan melengkapkan serta menguasai kelengkapan pertahanan ke tahap yang diperlukan. Usaha kerajaan Malaysia melanearkan Satelit Asia Timur Malaysia iaitu Measat-l dan Measat-2 adalah memenuhi sebahagian keperluan pertahanan, selain usaha jangka masa panjang negara dengan menghantar rakyat Malaysia pertama; Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menyertai misi aeroangkasa dan berada di orbit selama 7 hari pada tahun 2007 kelak dengan kerjasama kerajaan Rusia.




Menurut Hassan Mohd Noor di dalam Utusan Malaysia bertarikh 14 Disember 2006, kejayaan pelancaran Satelit Asia Timur Malaysia ketiga iaitu Measat-3 dengan menggunakan roket Proton Breeze-M di Kazakhstan pada 12 Disember 2006 Gam 7:28:43 pagi waktu Malaysia) dan memasuki orbit sembilan jam kemudian baru-baru ini, menyerlahkan hasrat dan usaha murni negara bersaing secara sihat dalam aspek pertahanan dan telekomunikasi.

Beliau menambah, Measat-3 dibina oleh Boeing Satellite Systems International Inc. Satelit ini telah direka bentuk dengan objektif untuk menyediakan tranmisi satelit serba guna yang paling berkuasa dan paling berpotensi dari segi komersial. Dengan satelit terbaru ini capaian liputannya melebihi 100 negara mewakili lebih 70 peratus daripada jumlah penduduk dunia. Keseluruhan projek Measat-3 melibatkan pelaburan sebanyak RM 1 billion di mana perbelanjaan sebanyak USD 220 juta adalah untuk pembinaan satelit.

la menyediakan tansponder berkuasa tinggi 24 jalur C dan 24 jalur Ku dengan setiap jalur menyediakan 36 mhz jalur lebar dengan tempoh hayat 15 tahun. Perkhidmatan di Asia, Australia, Asia Barat, Eropah Timur dan Afrika menggunakan Jalur C. Jalur Ku Measat-3 pula menyediakan opsyen perkhidmatan berkuasa tinggi dan £1eksibel bagi pembangunan aplikasi terus ke rumah (Direct to Home) seperti televisyen satelit di Malaysia, Indonesia dan Asia Selatan. Apabila Measat-3 beroperasi, ia mampu meningkatkan lebih banyak aplikasi penyiaran intensif jalur lebar yang lebih canggih seperti High Definition Television (HDTV) dan Video on Demand (VOD). (Hassan Mohd Noor, 14 Disember 2006 : 10).

Kejayaan Malaysia akan membuka mat a negara-negara Islam lain untuk berusaha dan berdaya maju bagi mempertahankan negara dan umat Islam dari sebarang bentuk penindasan dan keganasan oleh pihak yang sentiasa mahu memeras ugut dan mengaut keuntungan hasil dari titik peluh rakyat negara tersebut melalui kekuatan pertahanan.

13.9 KESIMPULAN

Gagasan Islam Hadhari yang dikemukakan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia adalah satu medan buat umat Islam bagi membangunkan semula kegemilangan Islam yang telah jatuh seiring dengan kejatuhan Kerajaan Uthmaniah lalu. la juga merupakan satu peluang bagi membuka minda dan lembaran baru bagi masyarakat bukan Islam agar dapat memahami dan meneliti nilai keislaman untuk dijadikan sandaran dalam mengerakkan inisiatif memakmurkan negara Malaysia.

Meletakkan Islam Hadhari sebagai satu keutamaan dari sudut positif akan menggalakkan suasana sihat antara kaum di Malaysia. Sebarang hujah berbentuk negatif dan provokasi harus dielakkan demi menjana idea bagi menggerakkan usaha maa'ruf (mendorong kebaikan dan keadilan), menolak kemungkaran (kejahatan) serta kebathilan (kebinasaan).

Comments

Popular posts from this blog

Latar Belakang Abraham Maslow

APA ITU PBD?PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DI SEKOLAH

FALSAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN