Abang SI TUPAI 1

KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI NAMA YANG SAMA SEPERTI CERITA DI BAWAH SAYA MEMOHON SERIBU KEMAAFAN KERANA NNAMA WATAK MUNCUL SECARA SPONTAN. SEGALA KESILAPAN AMATLAH DIKESALI.

Pada suatu hari,ada seekor anak tupai yang bernama Abang berjalan-jalan di dalam hutan. Abang adalah seekor anak tupai yang bijak. Didi pula,seekor babun yang suka mengacau-ngacau binatang di dalam hutan tersebut, boleh kira Didi ini gangster hutan tebal ini la. juga dikenali sebagai "Didi the Fire Babun".

Abang yang baru berusia 1 tahun dan mendapat kebebasan dari ibunya untuk mencari makanan sendiri. Tetapi Abang pergi jauh masuk ke dalam hutan tebal. Abang berjalan,melompat dan duduk sebentar dan kemudian menyambung kembali perjalanannya. Kemudian Abang sedar dia telah tesesat jalan.

Didi, yang kebetulan lalu di situ pun mendengar tangisan yang dikeluarkan oleh si Abang ini. Didi menjenguk dan melihat kerana dia takut itu suara hantu Kak Limah. Setelah pasti suara itu bukan dari apa yang disangkanya,Didi pergi dan melihat sekujur badan lemah iaitu badan Abang yang kepenatan setelah jauh berjalan.

Didi yang pada mulanya hendak membuli Abang yang lemah itu,tetapi terdetik di hati Didi untuk memberi peluang anak tupai itu untuk terus hidup bersamanya. Apakah yang terjadi pada Abang? Adakah Didi benar-benar hendak membantu Abang? Nantikan sambungan cerita ini dalam Abang si tupai bahagian ke-2.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Latar Belakang Abraham Maslow

APA ITU PBD?PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DI SEKOLAH

FALSAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN