TIADA KATA SEMANIS BICARA 2

Assalamualaikum..

Hah.. ini sambungan cerita "TIADA KATA SEMANIS BICARA

Bapa Timah menelefonnya kerana bapanya hendak memberitahu kepada aku, supaya jangan lupa sembahyang jumaat. Kan hari tu sembahyang jumaat. Ish..tahu la aku mereka berasal dari keluarga alim, hancus plan aku mok escape sembahyang jumaat hari tok.

Aku hanya mengangguk tanda faham tapi mungkin aku tidak akan mengikuti. Dalam hati kecil ku bercakap,

'sik pa,cuma minggu tok jak.'

'hadis pdh 3 minggu baru pintu hatinya ditutup.' Bisik dalam hatiku untuk menyenangkan ku.

Aku mulakan langkah pertama untuk mengeluarkan ayat power. Lama sudah aku tidak mengayat-ayat perempuan ni. Tapi,perut aku berbunyi dengan kuat sekali. Rupanya, jam menujukkan 12 tengahari. Aku mengajaknya makan di kedai makan berdekatan. Sengaja aku mencari kedai makan yang jauh. Supaya aku ada masa membuat mondus operandi aku diatas motosikal baru ku ini…hahahahahaha.

Sepanjang perjalanan ke kedai makan 'Kopitiam', kami berdua cuma berdiam diri. Aku pula sengaja tidak mahu bercakap dengannya. Takut hilang fokus membawa motosikal (konun la). Tapi sebenarnya,aku memberi peluang kepada motosikal ini untuk menjalankan operasi yang telah aku rancang pada awal pagi tadi. Malaslah aku bercakap panjang tentangnya. Hal dosa tidak baik cakap dekat orang. (yalah tu).

Setelah sampai di depan kedai kopitiam terbabit. Aku sengaja pilih kedai ini. Sebab jauh dari rumah aku dan rumah Timah. Dan aku tahu,orang kampung aku tidak makan pun dekat kedai ini. Jadi selamatlah aku sebab tidak ada orang yang tahu aku tidak sembahyang jumaat. Kami berdua duduk di penjuru sebelah kanan, tepi kaunter, bawah kipas dan sebelah television. Aku pilih meja itu kerana aku suka dengan no. 13. (wekkk). Kami pun mengambil pesanan. Aku memesan air coca-cola (air bateri padah miak sains) dan nasi goreng ayam. Tatkala Timah hendak mengambil pesanan,aku lantas bersuara, milo peng dan nasi lemak special campur telur mata kerbau dan sambal sik mok pedas. (wasseh, hafal la). Timah memuji aku kerana aku tahu makanan kegemarannya. Aku gembira.

Sambil menunggu pesanan kami siap dihidangkan, kami berborak sebentar, mula-mula pasal sekolah kemudian pasal keluarga, kemudian pasal agama (alim la tek), kemudian pasal diri sendiri dan tidak lupa aku memperkenalkan motosikal baru aku(hahahaha). Tapi,objektif utama aku adalah mahu mengayat si Timah. Aku mulakan dengan senyum yang lebar, diikuti dengan pangilan nama yang halus dan jelas.

'Timah'

'masih ingat kisah lama kita form 3 dulu'. Aku biarkan Timah mengingati kisah lama yang sebenarnya tiada apa pun.

'Sik kmk ingat koh. Cerr ceta cerr ceta' Timah menjawab dengan lawak Hantu Kak Limahnya.

'ktk tok eh, tika kita terkena rintihan hujan dibawah sinaran bulan dan bintang dan ditemani oleh payung biru warna kegemaran ktk, hendak kita berjalan ke dewan makan tetapi kita dihalang oleh warden yang durjana'. Aku memberi ayat yang panjang. (tapi nampak lu jak bulak, waktu hujan ni ada bulan ngan bintang)

'ow' ringkas jawab Timah.

Aku tidak puas hati, aku mahu meluahkan perasaan aku yang tersimpan selama 1 tahun lebih. Kalau aku tidak luah sekarang, habis SPM nanti dapatkah aku jumpa dia. Tuhan!!!! Tolong aku!!!! Aku keluar dengan idea yang bernas. Aku membuka mulut dan hendak bersuara. Lantas, pelayan datang memberi hidangan kami yang sedia untuk dimakan, aku kecewa sekali lagi. Mula kerana perut kosong berbunyi sekarang pula dengan pelayan yang tidak berguna. Bagilah nanti-nanti. Mengganggu plan aku jak….


 

Takpa, kita sambung lagi dalam siri ke-3 k.. nantikan.

Comments

Popular posts from this blog

Latar Belakang Abraham Maslow

APA ITU PBD?PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DI SEKOLAH

FALSAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN