Posts

Showing posts from April, 2011

Game bahaya (org islam jgn main gme ini)

minta jasa baik saudara-saudaraku sekalian sebarkan komputer game yang menghina islam 1. Devil May Cry 3 (untuk platform ps2) satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yg menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata... dan yang membukakan pintu tersebut adalah character c.g.i. yg telah menyerahkan diri pada kuasailmu hitam yg sememangnya islam melarang amalan itu ayat character c.g.i. itu ada membaca ayat... klau tak silap lebih kuran begini permulaannya... " wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan" [dalam bahasa inggeris] dan character itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya... klau tak silap kitab bible... pasal di akhir scene character tersebut ada menyebut 7ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible... "wrath, sloth, lust, gluttony, dan tiga lagi ayat yg aku dah luper..... 2. Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia.. Kita kena lawan Tembak dgn askar2 yang BERAGAMA islam... Kalau kita sedar.. Masa ki

Detik bersejarah pembuangan undi pilihan raya ke- 10 di Sarawak

Hari pembuangan undi bagi negeri Pilihanraya Dun/Negeri Sarawak pada 16 April 2011 yg telah dibubar pada 21 Mac. Keputusan untuk Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 yg diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) boleh diketahui seawal jam 8:00 malam ini dan keputusan penuh sebelum tengah malam ini. Pengundi yg berdaftar untuk Pilihanraya Sarawak ke-10 ialah 979,796 di 1749 pusat pembuangan undi. Terdapat seramai 213 calon yg bertanding terdiri daripada 71 Barisan Nasional (BN), 49 Parti Keadilan Rakyat (PKR), 41 BEBAS, 26 Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), 15 DAP, 6 Parti Cinta Malaysia (PCM) dan 5 PAS. Update keputusan PRN Sarawak 2011 Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. BN kekal majoriti dua pertiga 2/3 10.35pm: Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak

WHAT IS UFO?

    UFO or unidentified flying object was another unexplained phenomenon in this world. The history of UFO began at late 1940s. It hard to tell about this UFO because it never been seen in Malaysia. It only famous in western country.     Based on my presentation, UFO can be related with 3 things. The thing that I shared was alien, crop circles and kidnapped. UFO can be related with alien because people say that they saw alien in the UFO. Crop circle was something that happens mostly in England, it shows a pattern on a crop. This pattern drawn in a big scale and it impossible to be drawn by human. That why people say alien draw it with UFO. The third thing was kidnapped. This phrase mean human was kidnapped by alien. The human was taken by UFO through weird light.      UFO also can be known as unidentified flying object. The definition from the Longman dictionary was ' a strange object in the sky, that some people believe is a spaceship from another world '. From the definition,

Bincangkan matlamat pendidikan Negara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan implikasinya terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.

Bincangkan matlamat pendidikan Negara yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan implikasinya terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.     " Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. " (Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996) Sepertimana yang kita sedia maklum, Negara Malaysia adalah sebuah Negara yang sedang membangun. Justeru, agak penting bagi Negara Malaysia mempunyai falsafah pendidikan sendiri. Menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1988, Falsafa

Elemen tematik dalam PS

       

FALSAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua t

Format Surat Tunjuk Sebab

Mohd Zaki Khalidy Syah Bin Umar PPISMP709PS, IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Kuching,Sarawak __________________________________________________________________________ Encik Nik Zul Azhar Bin Nik Hassan, Ketua Unit Kerohanian, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Kuching Sarawak.                                 11 Mac 2010 Tuan, Per: SURAT TUNJUK SEBAB. Perkara di atas adalah dirujuk. Sehubungan dangan borang maklumat salah laku pelajar daripada pihak Tuan yang bertarikh 14 Oktober 2010,saya Mohd Zaki Khalidy Syah Bin Umar dari kelas PPISMP709PS ingin menyatakan sebab ketidakhadiran saya pada 14 Oktober 2010 di Pusat Pengajian Islam,IPGKTAR. 2. Saya, Mohd Zaki Khalidy Syah Bin Umar mengaku tidak menghadiri bacaan yasin pada 10 oktober. Hal yang demikian adalah diatas kelewatan saya untuk pulang ke institut kerana telah keluar ke kuching untuk menyelesaikan sesuatu perkara. 3. Saya berharap, penjelasan yang diberikan dapat menjelaskan punca

Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak. Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi....... Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit. Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti..... Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah i

Peranan Islam Hadhari

PENGENALAN Islam Hadhari bukanlah suatu ajaran baru di dalam Islam. Ia adalah suatu pendekatan yang cuba menterjemahkan dan merealisasikan Islam dari sudut pelaksanaan dan pendekatan yang dituntut untuk diikuti oleh umat Islam sendiri berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam sebenar dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, modal pembangunan Insan, pembangunan kesihatan dan pembangunan fizikal. Kesannya, sekaligus dapat memantapkan keseluruhan cara hidup sarna ada dari aspek jasmani dan rohani. Penjenamaan Islam Hadhari diharap dapat meningkatkan pelbagai kesedaran kesatuan di kalangan ummah dan membuka minda segar masyarakat non-muslim agar dapat memahami agama Islam sebenar serta menghapuskan perasaan prejudis dan negatif di kalangan masyarakat non-muslim terhadap Islam. DEFINISI ISLAM HADHARI Kal