Posts

Showing posts from 2022

Permainan Tradisi

Image
    Malaysia kaya dengan warisan kebudayaan yang sangat unik dan menarik. Warisan dalam budaya merangkumi makanan, adat dan permainan tradisi yang terhasil dari asimilasi pelbagai kaum masyarakat Malaysia. Permainan tradisi secara amnya terdiri daripada permainan anjung dan permainan laman. Permainan anjung termasuklah batu seremban, congkak, tutup botol, dam aji dan lain-lain. Manakala permainan laman pula seperti galah panjang, ketinting, gasing, baling selipar, konda kondi, rebut negeri dan lain-lain.         Kebanyakan permainan dimainkan secara berkumpulan, ini mewujudkan interaksi sosial serta merapatkan hubungan di antara ahli masyarakat. Pada suatu masa dahulu aktiviti permainan merupakan suatu aktiviti senggang yang dijalankan dengan meriah seakan-akan pesta keramaian. Penduduk kampung tanpa mengira usia akan turun beramai-ramai sama ada untuk menyertai pertandingan atau sebagai penyokong dalam suasana pertandingan yang sihat. Permainan-permainan dahulu juga k

PLaN: Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN)

Image
  Sejak tahun 2019, KPM telah memansuhkan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun murid Tahap l termasuk Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS2.0). Sejak Mac 2020, Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah mula dilaksanakan. Tahukah anda apakah itu Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah?   Apakah Itu PLan (Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah)? PLaN ialah Primary Literacy and Numeracy atau Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah. Ia merupakan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang komprehensif dan menyeluruh berasaskan sekolah untuk murid Tahun 2 dan tahun 3. Objektif PLaN adalah untuk memastikan semua murid Tahun 2 dan Tahun 3 boleh menguasai sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum iaitu Tahap Penguasaan 3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Untuk makluman, hala tuju baharu program ini adalah berbeza daripada Program Saringan Literasi dan Numerasi yang dikenali sebagai Program LINUS2.0 (

APA ITU PBD?PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DI SEKOLAH

Image
       Susulan pengumuman Menteri Kanan Pendidikan tentang pemansuhan UPSR, ada ibu bapa yang menarik nafas lega namun masih perlu mengetahui apa itu PBD. Namun tak kurang ramai ibu bapa mungkin masih keliru dan risau dengan perkembangan anak-anak di sekolah. Jika tiada UPSR, bagaimana nak tahu prestasi anak-anak kita? apa itu PBD? Menurut Dr Radzi Jidin dalam Sidang Media Khas Pendidikan semalam, sebagai alternatif kepada pemansuhan UPSR, KPM akan memperkasakan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) apa itu PBD? apa itu PBD?  Apa Itu Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ) dan bagaimana ia dilaksanakan?  Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang apa itu PBD. Apa Itu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)? Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran. A