Contoh kertas kerja

SEKOLAH KEBANGSAAN

TUNKU MAHMOOD (1), KLUANG,

JOHOR DARUL TAKZIM


 


 


 

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BERSEPADU

UNIT PAKAIAN SERAGAM

TEMPAH:

TANJUNG RESANG, PANTAI PENYABONG, MERSING, JOHOR


 

TARIKH    :

28 – 30 MAC 2008


 

ANJURAN:

PERSATUAN PENGAKAP

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MAHMOOD (1), KLUANG, JOHOR

MENGADAKAN PERKHEMAHAN BERSEPADU

UNIT PAKAIAN SERAGAM

ANJURAN PERSATUAN PENGAKAP

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MAHMOOD (1), KLUANG, JOHOR


 

1.0 PENDAHULUAN


 

Perkhemahan Bersepadu ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood(1), Kluang. Program ini boleh disertai oleh pelajar yang menjadi ahli-ahli yang terpilih daripada setiap badan-badan unit beruniform Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood (1), Kluang. Ia akan diadakan di Tanjung Resang, Pantai Penyabong, Mersing, Johor pada 28 hingga 30 Mac 2008. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.


 

2.0 MATLAMAT


 

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

3.0 OBJEKTIF


 

  • Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan.
  • Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.
  • Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.
  • Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.
  • Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
  • Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
  • Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.


 

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN


 

4.1    Tarikh yang dirancang ialah 28-30 Mac 2008 iaitu pada hari Jumaat sehingga hari Ahad.

4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam

4.3    Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.

4.4    Tentatif program     adalah seperti dalam Lampiran 1


 


 


 


 


 


 


 

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

    

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Tanjung Resang, Pantai Penyabong, Mersing;

5.1    Kawasan perkhemahan dengan bentuk muka bumi persisiran pantai yang terdekat dari sekolah.

5.2    Keadaan pantai yang landai dan ombak yang sederhana.

5.3    Kawasan untuk perkhemahan yang agak luas untuk pelbagai aktiviti.

5.4    Kedudukan berdekatan dengan perkampungan nelayan tetapi sedikit jauh dari kawasan tumpuan pelancong seperti air papan.

5.5    Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.


 

6.0 PERASMIAN


 

Program Perkhemahan Bersepadu ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Halimah Binti Mohamed Sidique, Exco Negeri Johor dalam Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan Bersepadu. Ia akan berlangsung di perkarangan dewan yang disediakan berdekatan dengan tapak perkhemahan. Upacara ini akan dilangsungkan selama sekitar 20 minit kerana YB Dato' Halimah Binti Sidek akan diberi peluang memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini.


 

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN


 

7.1    Jumlah peserta    : 40 orang (pelajar Tahun 5 dan Tahun 6)

                 (senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)

7.2    Jumlah fasilitator: 4 orang


 


 


 


 

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


 

Penasihat            : En. Ismail bin Usoff (Guru Besar)

                 Pn. Foziah binti Zain (Penolong Kanan Kokurikulum)


 

Ketua fasilitator        : Cik Ardilla binti Jamal

Fasilitator            : (i)    Pn. Doli a/p Doriasamy

                 (ii)    En. Mohd Aliff bin Mohd Yasin

                 (iii)    En. Megad Nizar bin Megad Rahman

                 (iv)    En. Megat Azman bin Megat Mokhtar


 

Jawatankuasa pelaksana


 

Pengerusi            : Mohd Yasser B. Jamaluddin

Naib pengerusi        : Muhamad Raimi B. Yusuf

Setiausaha            : Aimi Hazwani Bt. Abdul Halim

Bendahari            : Syaza Yasmin Bt. Ismail

Kem Komandan        : Muhammad Aminnillah B. Mustapha


 

AHLI JAWATANKUASA

Pengakap            : Mohd Syahrul Zaim B. Zahari

Tunas Kadet Remaja    : Muhamad Irzham B. Zakaria

Pers. Bulan Sabit Merah    : Muhammad Adhaa B. Lamry

Puteri Islam            : Hasnurfarisha Bt. Hassan

Tunas Puteri            : Nor Rohaizah Bt. Ahmad


 

AJK Makanan        : Huzaini B. Amir

AJK Kerohanian        : Muhammad Muhaimin B. Mohd Zaki

AJK Hadiah dan Sijil    : Nor Izzati Bt. Rohaimi

AJK Disiplin            : Nur Azira Bt. Azuani

AJK Kebajikan        : Mohd Zulhilmi B. Mat Rahim

9.0    PERBELANJAAN


 

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:


 

BIL

PERKARA

KUANTITI

JUMLAH (RM)

1

Baju perkhemahan bersepadu

40 orang X RM20

800.00

2

Cenderamata

45 orang X RM3

135.00

3

Hadiah

5 buah X RM15

75.00

4

BBQ

45 orang X RM5

225.00

5

Aktiviti Orientering

  • Telur
  • Kentang
  • Tepung


 


 


 


 

50.00

6

Rencam (belanja tak terduga)

45 orang X RM3

135.00

 

Jumlah

1,420.00


 

  • Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh setiap peserta untuk program ini ialah sebanyak RM35.00.
  • Jumlah wang yang diperlukan mungkin tidak sama dengan anggaran bajet yang disenaraikan kerana terdapat individu yang akan memberi tajaan dalam melaksanakan Program Perkhemahan Bersepadu ini.


 


 


 


 


 


 


 


 


 


 

  1. PENUTUP


 

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


 


 


 


 

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


 


 

…………………………………….        ..................................................

(Cik Ardilla binti Jamal)            (Encik Ismail bin Usoff)

Guru Penasihat,                Guru Besar,

Persatuan Pengakap,            Sekolah Tunku Mahmood(1),

Sekolah Tunku Mahmood(1),        86000, Kluang, Johor.

86000, Kluang, Johor.


 

        
 


 


 


 


 


 


 


 


 

LAMPIRAN 2


 

SENARAI NAMA PESERTA PERKHEMAHAN BERSEPADU

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MAHMOOD (1), KLUANG, JOHOR


 

 

1. Abd Muhaimin b Zulkefli

2. Al Hafiz b Sapuan

3. Ameerul Aswad b Abd Aziz

4. Mohamad Azhan b Desa

5. Muhammad Muhaimin b Md Zaki

6. Mohd Syahrul Zaim b Zahari

7. Mohd Hanif b Zainaldin

8. Mohd Safuan b Abu Bakar Samad

9. Mohd Yasser b Jamaluddin

10. Muhamad b Che Ros

11. Muhamad Irzham b Zakaria

12. Muhammad Adhaa b Lamry

13. Muhammad Faris b Khairuddin

14. Huzaini b Amir

15. Md Azri b Sidik

16. Mohamad Fareez b Hj Mazlan

17. Mohamad Zulhelmi b Mat Rahim

18. Muhamad Raimi b Yusuf

19. Muhammad Aminnillah b Mustapha

20. Muhammad Kamarul Ariffin b Lokman


 


 


 


 

21. Aimi Hazwani bt Abdul Halim

22. Munira bt Ismail

23. Norhazana bt Yusoff

24. Nur Afiqah bt Mahat

25. Nur Azira bt Azuani

26. Nurulain bt Hj Joher

27. Siti Nasuha bt Che Shukor

28. Arina bt Abdul Ghani

29. Fatin Adila bt Jamil

30. Hasnur Farisha bt Hassan

31. Mumtazah bt Johar

32. Noor Hafizah bt. Ali

33. Nor Izzati bt Rohaimi

34. Nor Rohaizah bt Ahmad

35. Nur Hayati bt Mahdzir

36. NurZehan bt Zakaria

37. Suhainita bt Md Zain

38. Syaza Yasmin bt Ismail

39. Siti Rahmah bt Yob

40. Mohd Zaini bin Othman


 


 


 


 


 


 

 


 


 


 

RUJUKAN

RUJUKAN


 

 

  • Kertas Cadangan Kunjungan Muhibbah JPP IPBMM ke Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut
  • Kertas Kerja Kejohanan Sukan Tahunan IPBMM 2007
  • Kertas Cadangan Program Sukan Rekreasi Pendidikan Jasmani Akademik PPISMP 3A dan 3E 2007

LAMPIRAN 1


 

JADUAL PERKHEMAHAN BERSEPADU

UNIT PAKAIAN SERAGAM

ANJURAN PERSATUAN PENGAKAP

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU MAHMOOD (1), KLUANG, JOHOR


 

Masa

6.00

8.00

8.00

13.00

13.00

14.00

14.00

16.00

16.00

17.00

17.00

18.00

18.00

20.00

20.00

22.00

22.00

23.00

HARI PERTAMA

28.3.2008

 

TAKLIMAT

MENGEMAS BARANG

PENGURUSAN DIRI

SOLAT MINUM PETANG

LDK 1

ICE BREAKING

PEMBENTUKAN KUMPULAN

HARI KEDUA

29.3.2008

PENGURUSAN DIRI

SOLAT

SENAMAN PAGI

SARAPAN PAGI

PERBARISAN

ORIENTERING

REPELLING

FLYING FOX

PENGURUSAN DIRI SOLAT MINUM PETANG

KEYAKINAN DI AIR

SNORKLING

PENGURUSAN DIRI SOLAT MINUM PETANG

LDK 2

PERANAN SEORANG PEMIMPIN

LDK 3

TEORI BERKAYAK

HARI KETIGA

30.3.2008

PENGURUSAN DIRI

SOLAT

SENAMAN PAGI

SARAPAN PAGI

PERBARISAN

KAYAK

IKATAN DAN SIMPULAN

PERASMIAN PENUTUP

DAN PENYAMPAI HADIAH DAN SIJIL

PENGURUSAN DIRI SOLAT MINUM PETANG

MENGEMAS ALATAN, REFLEKSI, BREAK CAMP DAN PERJALANAN BALIK KE SKTM(1)


 

Comments

Popular posts from this blog

Latar Belakang Abraham Maslow

APA ITU PBD?PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DI SEKOLAH

BURUNG GAGAK DENGAN TAKAR