Peranan agama Islam dalam membantu pembinaan Tamadun China
Huraikan peranan agama Islam dalam membantu pembinaan Tamadun China.
GERAKAN ISLAM DI CHINA
Agama Islam dipercayai tiba di Negara China lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Sebelum umat Islam berhijrah ke Madinah Baginda Rasulullah telah mengutuskan beberapa orang sahabat supaya berdakwah ke China. Antara sahabat yang diutuskan adalah seperti Saad bin Abdul Qais, Qais bin Hudhafah, Urwah bin Abi Uthman dan Abu Qais bin al-Harith. Misi dakwah ini telah berjaya melahirkan lebih daripada 136 juta umat Islam yang terdapat pada hari ini. Dan jumlah ini adalah lebih besar daripada jumlah yang diberikan oleh kerajaan China. Ini kerana mengikut statistic bancian yang dibuat apda tahin 1990, bilangan umat Islam di China tercatat hanya sekitar 17 juta orang sahaja.
Terdapat banyak keraguan berkaitan dengan jumlah tersebut kerana umat Islam membentuk penduduk majoriti di sebahagian besar di wilayah China seperti Xinjian, Gansu, Hubei, Qinghai dan Yunnan. Akan tetapi tidak ada catatan yang tepat mengenai tarikh sebenar kedatangan Islam ke China, hanya di dalam rekod Dinasti Tang mennerangkan tentang hubungan diplomatik yang terjalin antara pemerintahan China dan pemerintahan Khulafa al-Rasyidain.
Comments
Post a Comment