BURUNG GAGAK DENGAN TAKAR
BURUNG GAGAK DENGAN TAKAR Pada zaman dahulu ada seekor burung gagak yang sedang kehausan. Ketika itu cuaca sungguh panas. Sudah beberapa hari hujan tidak turun. Sudah puas ia terbang ke sana ke sini untuk mencari air untuk diminum. Oleh kerana ia sudah keletihan ia pun turun ke suatu tempat yang redup. Tiba-tiba ia terlihat ada satu takar yang berisi air. Gagak: Ehh..nampaknya ada sebuah takar di bawah pokok tu. Baik aku cuba lihat mungkin ada air di dalam takar itu. Gagak : Hmm...benar, ada air di dalamnya. Tetapi bagaimana aku boleh minum air yang berada di dalam takar ini. Mulut takar ini panjang dan kecil pula. Gagak: Ohhh...aku ada satu idea. Aku akan masukkan batu-batu kecil ke dalam takar itu. Nanti paras air itu tentu akan naik ke atas. Lepas itu bolehlah aku minum air itu sepuas-puasnya. Gagak pun mulalah mengambil batu-batu kecil dan diisikan ke dalam takar tersebut. Berulang-ulang kali ia memasukkan batu kecil ke dalam takar tersebut. Apabila ba